Online Diary ONE STEP: RESIPI COKLAT CIP

Love and Faith Muslim girl

Aslamualaikum for the muslim and hey for the non-muslim

Monday, 30 July 2012

RESIPI COKLAT CIP

Adik saya request biskut...
so, sebagai kakak mithali kononnya saya try cari dan insya-Allah saya buat hujung minggu ini,


Biskut Coklat Chips
Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
  • 180gm mentega/marjerin
  • 90gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 160gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100gm coklat chips
  • 120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds
Cara-cara
  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
4.                 4.  Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang   pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
5.       5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  1. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ya...
Cara 2
Bahan-bahan ( 2 balang sederhana )
  • 250gm butter
  • 1 1/2 cawan self raising flour
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan brown sugar
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/2 susu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu besar milo
  • 1 cawan gajus kisar
  • 1 cawan badam kisar
  • coklat chip secukupnya
Cara-cara
  1. pukul butter dengan gula hingga kembang.
  2. masukkan kuning telur, pukul. masukkan bahan2 lain dan gaul sebati.
  3. sudukan atas dulang pembakar yg disapu minyak. bakar hingga masak. (jun bakar dalam 15 min)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 ulasan:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen