ANAK SOLEH |
Dari sebesar telapak tangan, ayah dan ibu… kita diasuh bagai menatang minyak yang penuh. Namun pernah ke si anak terfikir apa sebenarnya yang mereka mahu daripada kita? Padahal kita tahu akan kehendak dan keinginan mereka, tapi mengapa kita sia – siakan kemahuan mereka. Tunaikanlah hajat mereka, selagi mereka masih bernyawa, selagi mereka ada di depan mata kita.
Takut – takut kita sendiri yang terkilan dengan apa yang mereka mahukan.
Bagaimana untuk menjadi anak yang soleh kepada kedua – dua ibu bapa. |
1- Bebicara dengan lembut dan idak menyakitkan hati mereka.
Ø Jangan ungkapkan kata “Ah”- sentiasa menjaga lidah daripada menutur kata – kata tidak baik.
Ø Lunakkan bahasa – tidak berkasar apabila berbicara dengan mereka.
Ø Rendahkan suara – bagi menjaga hati dan perasaan mereka.
Ø Haluskan cara berkomunikasi – tidak membentak dan mengherdik dengan kata – kata yang kasar.
Ø Bersopan dalam berbicara – orang yang bertutur dengan sopan santun akan dihormati oleh masyarakat.
2- Tidak mengalihkan pandangan dan wajah
Ø Jangan palingkan wajah – jangan sampai hati mereka terluka
Ø Jangan sampai ibu bapa rasa tidak dihargai – pandang wajah mereka sebagai tanda hormat.
Ø Jangan sampai dianggap anak yang sombong – kerana anak yang sombong susah untuk keredaan mereka.
3- Tidak berjalan di hadapan ibu bapa tanpa minta izin
Ø Jangan sampai dianggap biadap dengan mereka. - jangan pula kita menyesal apabila
anak – anak kita pula yang mengulangi hal yang sama.
Ø Jangan sampai ibu bapa malu di hadapan tetamu. - Tundukan badan apabila lalu di hadapan tetamu.
Ø Jaga nama baik ibu bapa dalam semua situasi. – menjaga adab dalam apa – apa situasi.
4- Tidak merendahkan dan menghina mereka
Ø Jangan balas dan menghukum kesilapan mereka. – walaupun mereka sering marah dan menghina kita usahlah kita membalasnya apabila sudah dewasa kelak. Mereka hanya mahukan yang terbaik untuk kita.
Ø Sentiasa berterima kasih mereka. – pengorbanan mereka tidak terhitung banyaknya, ringankanlah mulut si anak untuk ucap terima kasih kepada
Ø Minta maaf jika telanjur menghina. – mintalah maaf kepada mereka sebelum terlewat.
Ø Luangkan masa untuk mereka. – ziarah mereka jika si anak berjauhan dan hubungilah jika tiada masa untuk berjumpa dengan mereka.
5- Penuhi hajat ibu bapa
Ø Tunaikan permintaan mereka selagi tidak melanggar syarak.
Ø Segerakan permintaan mereka dengan wajah keihlasan.
Ø Panggilan ibu lebih utama daripada panggilan jihad. – taat bakti kepada mereka itu lebih besar daripada jihad fisabilillah
6- Lakukan sesuatu yang dapat menggembirakan hati mereka
Ø Memberi hadiah dan inggat hari – hari penting. Ini bagi merapatkan kemesraan antara anak dan ibu bapa.
Ø Sumber pemberiaan kepada mereka yang halal
Ø Menjadi anak yang berperibadi mulia
Ø Tutur kata yang molek. – agar hati mereka tidak mudah sensitif.
***hanya sebahagian sahaja dapat saya rungkai dalam tazkirah ini. Semoga kehidupan kita di dunia akan mendapat keberkatan daripada Illahi dan ibu bapa… Insya’ Allah..Salam..
0 ulasan:
Post a Comment