PERKARA YANG MENJELIKKAN PENEMUDUGA
1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
6. Menggunakan
nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan
temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA
soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-
olah “mencabar” kewibawaan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah:
1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
2. Jawab dengan jelas dan lantang
3. Kikiskan sifat ego anda
4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
5. Banyakkan senyuman
6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap kerjaya yang ditawarkan
0 ulasan:
Post a Comment