Online Diary ONE STEP: May 2012

Love and Faith Muslim girl

Aslamualaikum for the muslim and hey for the non-muslim

Sunday, 20 May 2012

kegilaan terbaru

Aslamualaikum..............
sekarang ni busy dengan peperiksaan
tinggal 3 paper je lagi iaitu Perniagaan 2, Pengajian Am 1 dan Bahasa  Melayu 1
tunggu saat cuti pertengahan tahun

Sekarang ni dihalang baca novel
so saya ada benda yang menarik perhatian saya iaitu FESYEN
cuci mata pada benda yang comel
nak try buat bisnes pulak....
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 16 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

16 Mei 2012 : Tarikh karamat bagi semua insan yang bergelar cikgu. "Selamat Hari Guru" ' bertemakan Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara' di Dewan Seri Gemilang Majlis Sambutan Hari Guru SMK Dato' Penggawa Barat telah diadakan secara gilang-gemilang. 

    Pada hari ini barisan semua guru SMKDPB mula berkumpul jam 7.30 pagi untuk diraikan dalam satu majlis rasmi iaitu Sambutan Hari Guru. Perarakan dengan paluan kompang mengiringi barisan tenaga pengajar ini hingga ke Dewan Seri Gemilang. Sebelum melangkah masuk silat menyambut telah dipersembahkan dengan gandingan pesilat-pesilat sekolah. Aturcara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor. 

Dalam majlis rasmi tersebut, 2 perutusan dari Menteri Pelajaran dan Pengarah KPM telah dibacakan oleh En.Mohd Shaphri bin Mohd Yusof   dan Pengetua. Dalam ucapan Tn. Pengetua walaupun ringkas tetapi cukup bermakna kepada semua warga SMKDPB di mana beliau mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua dan menyeru kepada semua agar meneruskan lagi matlamat sekolah untuk terus menuju 

kegemilangan.Selesai acara rasmi di dewan semua guru diraikan dengan jamuan di Kantin, Sekolah. Cabutan nama bertuah anjuran Kelab Bilik Guru turut menyerikan lagi suasana majlis jamuan tersebut.

Selamat Hari Guru. Terima kasih cikgu.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

MAJLIS ILMU

TAZKIRAH MAJLIS ILMU…

Sesungguhnya seseorang yang menghadiri majlis ilmu walaupun ia tidak mampu menghafaz dan memahami ilmu tersebut dengan sempurna, nescaya Allah s.w.t mengasihi dan menganugerahkan kepadanya 7 macam keramat:
Ø  Dia memperolehi keutamaan sebagai penuntut ilmu.
Ø  Dia terhindar dan terjaga daripada sebarang dosa dan silap selagi masih duduk dalam majlis tersebut.
Ø  Mendapat cucuran rahmat dalam perjalanan menuju ke majlis ilmu.
Ø  Mendapat berkat dan  ketika duduk di hadapan orang alim dalam majlis ilmu.
Ø  Dituliskan sebagai kebaikan (al – hasanat) ke atas dirinya selagimana ia mandengar ilmu yang disampaikan dalam majlis tersebut.
Ø  Malaikat meletakan sayapnya untuk melindungi penuntut ilmu.
Ø  Setiapa langkah kakinya menjadi kafarat (penebus dosa) dan akan menambah kebaikan dan menaikkan darjat di sisi Allah s.w.t. 

(Rujuk kitab I’anah al – Talibin juzuk 1 m/s 15)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 4 May 2012

Minggu Peperiksaan bermula

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Setara daerah Pontian




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen